xoxo

Jika terdapat sebarang cadangan, anda boleh menyatakan candangan anda di mana-mana entri yang dipos-lajukan di sini. Sebarang hasutan berunsur fitnah adalah tidak dibenarkan di sini.

Friday, December 9, 2011

REVIEW : PARIT JAWA

*A/N: This entry contain spoilers. So move aside if you don't wanna know hehe =) *

PARIT JAWA?! Ape tu? Nama tempat sayang~ Tapi ini tajuk telemovie ok kawan2? Ia sebuah karya arahan Tunku Mona Riza yang mengangkat tema kekeluargaan dan kemanusiaan. Telemovie ni membariskan beberapa nama hebat dalam dunia lakonan filem dan drama tempatan mcm Eman Manan, Zahiril Adzim, Ruminah Sidek, Ghazali Abu Noh, Namron, Jalil Hamid dan ramai lagi. Mana Aaron Aziz?! Ady Putra takde?! Ha Ha Ha. Ini entry luar biasa special aku tulis untuk karya luar biasa. Hihik. Ceh... kat sini pon dah tau aku bakal bg respon positif kan? Haaa ade la yg berdebar tu hahaha! =P

credit: google


Yes, this is a Malay movie review. Sure ada yang terkejut badak kalau tau bahawasanya *cewah!* TAK ADA. YES. TIADA. AARON AZIZ dlm movie ni. Aku bukan dah meroyan jatuh minat kat Eman Manan (bukan Ustaz Shauki lahanat tu ok?)  *ehem* sehingga aku buat kerja gila review movie ni. Tapi gara- gara ada la sorang tu *namanya terpaksa dirahsiakan hahaha! XP) tweet aku mengenai cerita ni and bersungguh- sungguh promote nak kan pendapat, balik je from Seoul (cubaan nk beritahu orang yg aku pegi Korea lagi taun ni haha! :P riak! PANG!!!) laju2 aku carik download link. <-- ye, aku contoh manusia kat Malaysia ni yang cuba SKMM padam dari muka bumi. Illegal downloading is a no-no! NI kes terpencil ok? If ada kat wayang, aku dah pegi dah tengok! Maafkan aku orang2 Astro =)

Back to the topic, mesti ada yg cam pelik, telemovie ni siar kat Astro Box Office Movies (saluran 952 & 953) starting this December, so ape kejadahnye keperluan download link berkenaan bukan? Bukan. Rumah aku satu2 nye rumah kat dunia ni yg tade Astro kot? Piring yg mcm nk tarik alien datang tu, jgn kau harap nk tgk wujud. Abah aku tanak pasang pasal rumah aku tade sape tgk TV. Sume kaki layan internet je. Oh keluargaku yg konon2 celik IT lalalala~ Ops lupa plak, lately, mulai tahun ni, kami rajin tengok TV lepas kerja. Thanks TV3! <3


Before aku download naskah hebat ni, aku carik dulu promo n trailer video kat Youtube. Tengok benda alah ni pon dah cukup buat air mata aku bergenang. Dem. Kantoi yang aku ni muka ganas tapi hati tisu. XDDD *lap air hidung sambil senyum bangga pasal berjaya habis tengok cerita ni tanpa dehydration yay!* LOL.

Tema kemanusiaan dan kekeluargaan, tema paling common digunapakai dalam drama Melayu, sebut je dah tau sure sedih. Baca sipnosis terus je tau dah sah2 ade yg derhaka buat mak ayah kaum keluarga sedih sat lagi ni. Tapi. Penulisan, gaya lakonan, casting yang tepat jadi punca karya ini bukan lagi something ordinary and cliche. Srottttt!!! *nanges* Baru tringat pon dah nak leleh balik. Wuuu menci ah!

Alright. Straight to the point shall we? 1st thing that gain my interest to continue watching this whole telemovie despite the urge to stop pasal penat menangis adalah sinematografinya. SUPERB. Every detail of everyday life in Parit Jawa berjaya ditangkap melalui lensa kamera. Nampak 'cantik' je. But perlu diingat, yang cantik tu tak semestinya cantik secara lahirnya. The angles, the way they shot each moment. Itu yang cantik. Contohnya mcm masa Husni (Namron kot nama dia?) and his wife bercakap dlm van. Van goyang- goyang sambil dia drive, sangat sesak rimas rasanya. Sangat stress yet beautiful. So so perfect to show the mood yang kacau. My favorite is masa Toley duduk sendiri kat bangku tepi pantai, renung burung botak lepas tau pasal penyakit Arman. If jumpa video yang serious HD, aku dah screencap and buat wallpaper dah scene tu. XD

The thing that i love the most about this telemovie was how close it is to our everyday lives. Especially anak jawa mcm aku ni. So aku betulkan ayat aku tu. MY EVERYDAY LIFE. Not ours. Haha. Storyline dia simple, like our normal TV drama, mcm kat TV3 cerekarama tu, yang stock2 buat orang sobbing tapi selalunya time tu je la sobbing leleh hingus lepas tu derhaka cam cilakak balik kat alam, ibu ayah waima pada tuhan.

Nak aku kongsi banyak eh sikit yang cerita ni sedikit sebanyak buat aku tersentak tersentuh tersentap gila babi pasal pertamanya, aku anak jawa, dibesarkan dalam keluarga yang berkomunikasi dalam bahasa itu, hidup beradatkan orang jawa, tinggal dalam kelompok kejiranan orang jawa jugak. Sama mcm watak-watak dalam telemovie ni. Bezanya, aku jawa Klang. Diorg jawa Parit Jawa. 

Keduanya, accent and cara sebutan sedikit lain. Perkara ni aku sedar pasal aku study kat UTM Skudai, kawan ada yg Jawa Johor. So kami pernah discuss perbezaan kecil tu. Tapi all over, masih sama. Just ada sebutan- sebutan yang ketara la masih pelat disebut oleh non-jawa hehe. Paling meyakinkan lagi terbaik for sure la Ruminah Sidek yang semua orang sedia maklum memang orang jawa. Tapi dia Jawa asal Klang kot. Dulu masa kecik2 aku penah nampak dia jual tempe kat pasar Meru. Rasanya tu dia kot. Mak aku kate itu dia. So aku percaya je la haha! =P 

Ketiga, faktor budaya yang diterapkan dalam filem pendek ni sangat subtle tapi obviously  melambangkan 'semangat kejawaan'. Contohnya,  makan nasi ambang after tahlil. Bukan hanya orang Melayu, orang jawa pon ada cara tersendiri nak tunjukkan muafakat dan bina hubungan akrab sesama saudara and jiran. Makan nasi ambang or ambeng ni la salah satu caranya. Isy, kenduri tahlil Isnin ni nak suh mak buat nasi ambeng lah! =P 

Selain tu, paling familiar gak, profession orang jawa yang selalu berbudi pada tanah, suka meniaga, sangat menghargai tanah pusaka terutama bila ada mention pasal meneroka dan bercakap pasal tanah ni as asal usul keturunan. Selalu pegi kebun macam watak Arman (Eman Manan) and budaya orang- orang tua dalam cerita ni yg sering berpesan-pesan, aku dah lalu sejak aku bayi lagi. 

Arwah pakcik aku yg besarkankan aku adik-beradik bersama2 dgn parents and arwah nenek aku dulu selalu cakap benda sama tiap kali aku and adik-adik ikut pegi kebun. Kita kena jaga tanah kita. Orang Jawa katanya selalu tak berharta, tapi punyai tanah yang memadai untuk anak-anak berusaha. Katanya lagi, anak Jawa kena tahu asal usul. Jangan lupa diri. Aku tau, orang Melayu pun sama, tapi dalam konteks Parit Jawa ni, as anak Jawa, aku dapat rasa kebenarannya kata-kata arwah Wak Man pakcik aku tu, serupa mcm pesanan bapak si Arman and si Arman sendiri. 

And! And! And! TEMPE! Orang jawa and tempe tak boleh dipisahkan. Nasib baik ada scene buat tempe and jual. Kalau takde, aku mengamuk lalu menjerit "INI BUKAN MOVIE PASAL ORG JAWA!!!" hahaha! XD  

Seriously aku teringat kat arwah Embah everytime watak Tuminah (Ruminah Sidek) muncul kat skrin. The way she speak, the way she sit at the corner of the house, looking amused, sometimes sad while listening to anak-anak, cucu cicit berbual bergurau bergaduh bertekak, sebijik mcm arwah nenek aku. Bila arwah Wak Man meninggal, Embah pun jadi murung sangat. Rindukan arwah Wak Man barangkali. Selalu dia tanya ke mana kami pergi tinggal dia padahal kami ke sekolah je or ke kedai sekejap. 

Kami satu family duduk rumah sebelah embah, so adik aku si Ayip la yang tinggal sama dengan Embah temankan dia after aku, Lela and Adib duduk asrama. Exactly macam si Jalal/ Toley (Zahiril Adzim). Masa kecik, tak tau la adik-adik laki aku ingat ke tak, Wak Man dengan Embah kadang2 panggil diorg Tol jugak. Lepas tgk Parit Jawa ni, baru aku faham maksuh Tol tu apa. Anak/ budak lelaki rupanya. Comel betul. Sedikit sebanyak cerita ni ketengahkan masalah kemurungan yang memang meruncing di kalangan warga tua kat Malaysia ni. See, movie ni sungguh informative! =)

Kadang- kadang aku ada rasa cerita ni serupa mcm kisah arwah nenek aku and keluarga aku. Anak- anak ramai, tapi semua duduk jauh. Yang dekat- dekat ade jugak. Seminggu 2-3 kali jenguk, lepas tu balik. Embah jadi sedih bila anak-anak balik. Rumah besar rasa sunyi. Dia pon tak nak tinggal dengan anak- anak. Dia penah cakap kat aku, dia nak mati kat rumah tu. Dulu masa arwah Wak Man ada, just like Arman, dia lah ketua keluarga lepas arwah atuk meninggal. Dia yang jaga embah. Kami adik beradik, ibarat Toley, budak2, anak bongsu yang dimanjakan Wak Man yang tak pernah kahwin, tinggal kat hostel kerana sekolah, selalu balik terus lari pegi jumpa Embah and Wak Man. Nostalgik gila okay movie ni? Bikin aku bergenang air mata pasal rasa dekat sangat kat hati.

Back to the telemovie, other than what i have mentioned earlier above, aku rase kekuatan dia pada penggunaan bahasa jawa tu sendiri. Tak tahu lah pada orang lain mcm mana, tapi aku rasa kesannya sama pasal ada subtitle yang aku rasa hampir tepat dengan maksud sebenar kata2 jawa yang diucapkan. Halus, terus masuk dalam jiwa punya level. Lagi- lagi bila yang sebut tu Eman Manan. Ustaz Shauki, kalau lah kau perangai mcm Arman, aku takde lah sumpah kau 24 jam lepas tonton Tahajjud Cinta. XD 

Penggunaan bahasa jawa tu lah pada aku one of the greatest essence of this telemovie yang buat cerita ni lain dari yg lain. The 1st one ever maybe? Actually, aku paling tak seronok tengok cerita Cina, tapi semua orang even yang Cina cakap omputeh. Di Hollywoodkan gitu. So i really appreciate penggunaan bahasa jawa walaupun tak menyeluruh. Just kadang-kadang, bila diorg ni berlakon jadi Jawa, cakap melayu, sound like pendatang. Org Jawa bila cakap Melayu, TIDAK sounds like Indon FYI. Kami ada accent yang sukar ditiru. Mcm org Kelantan and Terengganu also Sabah jugak. But overall, congrats to all the actors. Sure meyakinkan bagi yang bukan pure Jawa =)

The script. I wonder how long they prepare the script. Sangat kemas. Setiap kata-kata dah mcm bait-bait puisi. Perbualan dalam bahasa jawa bunyinya halus, tak kasar. Aku lupa kat Johor org2 tua mostly guna Jawa Halus. But sumpah aku tak berapa reti nk differentiate. Kalau aku tak faham, maknanya Jawa Halus la tu. Hahaha. 

And oh! Before aku terlupa, orang jawa memang sinonim bahasakan diri as 'Aku' bila berbahasa jawa or Melayu even depan orang yang lebih tua. Dulu kawan2 aku ingat aku kuang haja kat mak aku pasal bahasakan diri as 'Aku'. Aku tu kira 'Saya' lah dalam masyarakat Jawa. Aku siap senyum masa scene Toley marah2 abang kakak dia ber'aku'. Org yang tak biasa sure go "uih! kuang hajaq sgguh! marah sgt la neh?!" haha.  

Satu perkara nak tulis and olah skrip jadi seserius ini, satu perkara lagi nak tulis, olah, make it serious AND not make the viewers tidur kebosanan. Rase cam nak peluk cium je mereka yang berkebolehan seperti ini. Sorry to say, some movies, trying too hard to be ilmiah, islamic, puitis, penuh nasihat, but cara penyampaian nak mati bosan! Kejadahnye tengah lepak2 potong sayur nk masak gulai pon cakap "beringatlah, mati itu pasti!" Sudahnya, penonton tersengguk tidur or berguling gelak ok?! Dah tu, sape plak yang nak dengar nasihat kan? 

Banyak sangat kata- kata and perilaku manusia dalam movie ni yang buat aku sentap lalu tersadar. Yang paling aku ingat, scene bila si Husni (Namron) dengan Maimun (Safura). "Kalau bapak dah mati kan senang..." Lepas tu, nak minum, baca bismillah. Puahahaha! Sumpah aku rase cam nk tunjal je kepala org mcm ni kalau aku jumpa. Persoalannya, ada ke org perangai mcm ni? Duh~ ADA. Ramai kot? Sembahyang tonggang tonggek 5 kali tak tinggal, tapi tanggungjawab pada mak ayah takde. Hormat takde. Mulut cam longkang takde insurance. Si Maimun plak, senyap je. Kalau aku la, adik aku ckp mcm tu, sumpah aku simbah air longkang blakang masjid tepi rumah aku!

Scroll ke atas, see the promo poster? "Pulangkan Kasih Pada Saudara, Pulangkan Cita Pada Ibunda" Need i say more? Sentap tak sentap baca ayat tu? Besar ertinya. Buat aku rasa menyesal pasal tak layan adik- adik aku baik2. Buat aku menyesal slalu pentingkan kerja aku kat office dari balik awal temankan mak aku tengok TV sorang-sorang kat living room pasal abah keje balik malam. I do love them so so much. But did i return or show it to them? After watching this telemovie... Nope. Not really. Not entirely. Not enough. 

And lastly, kata-kata paling terkesan dalam hati aku, bila Tuminah menangis, meluahkan andai masa boleh diundur, dia harap anak- anak dia kekal jadi kanak- kanak kecil. Pasal masa tu lah anak- anak dia saling berkasih-kasihan. Gembira. Pure. Not like what they have become as adults. Sentap dow. Rase cam anak derhaka jap. Wuuuu... ngongoi aku nanges masa ni sampai abah aku jenguk balik pintu pelik tengok aku nangis tak tentu hala. Mak aku penah cakap gak benda ni kat kitorg adik beradik. Bila kitorg bergaduh. Bila kitorg buat perangai sampai dia sedih. Arwah Embah pon penah cakap kat kitorg. Dia cakap lagi senang if anak-anak kekal kecik je. Tak besar- besar. Tapi masa tu, mana la aku faham ape maksud dia kan? Maybe dia harap anak- anak dia kekal kiut mcm 10 budak hitam kot? Masa tak berlalu, so dia kekal muda ayu jelita. Itu la yang pernah aku guraukan pada dia. Sigh... Rindunya nak borak dengan nenek aku yang sorang tu... =(

Character mcm Husni ni, bersepah kat dlm dunia ni. Petik jari, sure mari lol! Tapi character mcm kakak- kakak and adik- adik perempuan dia lagi lah ramai. Ikut je telunjuk orang yang janjikan kemewahan. Tak taat pada suami. Queen control. Mata duitan. So human-like. So close to our everyday lives kan? So perlu beringat!

Watak Pak Mansur (Jalil Hamid) yang sentiasa cool manis mulut seakan memahami, supportive sentiasa dengan kata-kata 'kita dah macam keluarga' sentiasa bersulam dengan perangkap supaya family Tuminah jual tanah kebun pada dia sgt interesting bagi aku. Sekali imbas, tak nampak pun macam org yg ambik kesempatan si Pak Mansur ni. Apa yang dia buat, semua valid and legal ikut undang- undang. Tapi orang mcm ni la yang slalu rosakkan bangsa sendiri. I'm glad, character like this was inserted within the movie yang bersituasi kat kampung yang mana biasanya, konflik orang kampung takde lah melibatkan mastermind pembelit yang bijak putar alam mcm Pak Mansur. Slalu dalam drama/ movie dunia korporat je ade org2 mcm Pak Mansur ni. He's smart and cunning. So unusual to be found in this kind of drama/movie.

Orang mcm Arman la yang paling susah nak jumpa kat dunia ni. Tapi ni memang watak tipikal hero la dalam movie mcm ni. Kalau takde orang baik macam dia, apa jadi dunia ni kan? Then comes watak Jalal or Toley si adik manja lakonan mantap Zahiril Adzim. Wa salute sama lu pengantin baru! Masa dia marah kakak-kakak and abang dia. Pergh! Pergh! Pergh! Ni aku rase nk melonjak spazz neh! *control jiwa Leanne! control!!!* 

Sejak zaman drama series KAMI lagi aku dah follow mamat ni. Silap2, one day, dia ni boleh ganti Eman Manan. Aku paling rasa dekat dengan watak Toley pasal adik bongsu aku si Ayip/ Arif Aizat/ Aiden Haizard (pfffft!) perangai sebijik cam dia. Manja. Lucu orangnya. Jenis tak suka berenggang dengan mak ayah. Anak bongsu yang suka memerhati, senyap tapi kadang- kadang kuat bersuara bila rasa serba tak kena. Suka buat mak and arwah Embah ketawa. Kebanggaan arwah Wak Man ibarat Arman yang selalu bangga akan Toley. Selalu senangkan hati orang lain. Just like Toley. Aku nak panggil Ayip as Toley la lepas ni. <3 

And last but not least, OST telemovie ni. No comment about the background music pasal aku rasa tak mengganggu and digunakan dengan baik. Tak rasa cam nk sepak barang or anything like some movie yang gunapakai soundtrack yang sama ulang-ulang kali or not original. And Azlina Aziz and Monoloque yang nyanyi OST penutup tajuk Bonda. Sedap lagu tu. But i don't know, the sound of it, does not match perasaan menonton Parit Jawa. But after dengar betul- betul lirik lagu ni, baru la rasa ada kena mengena. Maybe pasal sounds like lagu Minang? I don't really know about traditional music, so not gonna comment much. Nak dengar? =)



Kita dah biasa disajikan dengan drama and movie macam ni actually. Berbakul- bakul dah sebenarnya drama and movie yang cuba nk terap nilai kekeluargaan and kemanusiaan melalui storyline and plot perebutan harta especially tanah pusaka. Kisah anak- anak yang umpana dah tak pedulikan mak ayah walaupun diorg tu masih hidup. Banyak yang menjadi, banyak yang tidak. Tapi telemovie ni is in its own league <-- *pinjam kata2 org yg 'paksa' aku tgk telemovie ni pasal aku setuju*. Sama tapi tak serupa pada pendapat aku. Aku rase ia karya yang berani pasal berani 'bunuh' watak utama kat tengah-tengah cerita. Kau gile?! Terkejut aku tetiba watak utama tadaaa!!! mati dah?! what?!!! habis sape nak jadi hero?!!! *nanges lagik* Tapi ia terbukti kuat pasal kematian itu jadi punca plot tiba-tiba bergerak pantas straight to the climax. <-- berpinar nk tulis ayat ni haha. 

Ia karya bagus yang susah nak berulang dek ketulenan dan keaslian karektor-karektor (mcm ni ke eja character in Malay? FAIL!!!) dan penghayatan pelakon-pelakonnya menyampaikan bahan penulisan yang baik ni. Every character seems so well played and well written. It was a well researched story. Ada yang rasa telemovie ni tak cukup masa untuk kupas setiap character. Tapi bagi aku, cukup dengan yang ada. Ringkas tapi padat. Nampak ringan tapi berat. Ok I sound so weird talking all berfalsafah like this. But this telemovie is so hard to define. Not in words. Cukup dengan rasa insaf and tangisan berhujan air hidung.

Soalannya. Aku tulis panjang berjela ni, bukan ada sape baca pon. Puahahaha! 

11 comments:

Azril Hamzah said...

oppps! sorry my big mistake to forced u to watch PARIT JAWA:

1) because u did not use the right channel - not a subscriber... a sin was made :)

2) u're being too honest...i can sense sadness and watery keyboard there...basuh esok ye...

3) well written review...i'm touched! great review!

4) its the same as ur life-story ke? and trust me, not only u...but for the others as well...

5) u'll get more people to read this! definitely! will promote...

6) putting my name here and there is a big No No! hahaha

BUT, very well written! Such an honest one!

TQ!

bass's mistress said...

1) yes, i know, illegal downloading is a sin. but what to do? nak tonton maa... masih dalam usaha pujuk abah pasang piring alien tu.. duduk rumah dia katakan =)Jgn report kat SKMM ye i download movie ni? =P

2) no need to wash, i use wet tissue. done! hehe.

3)yup, same life story minus the rebut tanah.

4) adoyai. a big No No huh? alright, dah remove and only mention hints je.

You're welcome.

sultanmuzaffar said...

very detail review & nice spoiler too.

bass's mistress said...

aduhai, forgot to leave spoiler alert up there!!! sorry2...

- said...

greaaaaaaaaaaattttt review lean!!!

psst mana donlod?nk jugak.nnt blh tgok dgn mak sekali hihihih.

- said...

aah lean..dulu kdg2 ko ngn nana ckp 1 word jawa ni, balik ak tnya mak ak.dia ckp xpenah dgr pn. that's why ak sllu fikir jawa johor dgn selangor ni mst lain..

bass's mistress said...

perkataan ape ek opie? aku pon dah x ingat. haha.

jamil mutalib said...

terima kasih......

Remy I. said...

great review. i've watched this telemovie twice and it indeed made me cry both times :)

bass's mistress said...

@jamil mutalib : sama-sama =)

@Remy I. : thanks. i will never get to write anything good if the telemovie itself isn't good. =)

chanz said...

Just watched the movie.

Your review already said what I thought about the movie.

Walaupun, kes aku, aku tengok citer ni pas layan PV Monoloque tu. Scene2 dalam tu menarik perhatian. Lagi2 ada Eman Manan.

Bagus la ada yg review. Walaupun dah beberapa bulan lama citer ni.:)