xoxo

Jika terdapat sebarang cadangan, anda boleh menyatakan candangan anda di mana-mana entri yang dipos-lajukan di sini. Sebarang hasutan berunsur fitnah adalah tidak dibenarkan di sini.

Thursday, January 12, 2012

MALAY DRAMA : BICARA HATI EPISODE 1


*A/N: Spoiler Alert*



EPISODE 1

Ye, tau, dah masuk episode 2 dah pun… Tapi baru gedik nak recap kan? Pasal I am NOT a big fan of Sharnaaz Ahmad. *PANG!!!* I seriously berguling2 10 saat tanak dia jd Tengku Syahran dambaan gades2 di alam novel Melayu. Hati angau I mahukan Redza Minhat yg jadi En. Tengku yg kacak evil lagi nakal. Tapi apakan daya, mana la nak dapat tgk mamat tu blakon drama kan? Teater nak la dia… And atas sebab baru kenal Cristina Suzanne lepas tengok preview movie KIL lalu rasa chemburu dia bergandingan dgn Redza Minhat kesayangan hamba. So takde mood nak recap laju2.

(Tg. Syahran) Sharnaaz Ahmad & (Zahlia) Cristina Suzanne

Percaya ke? Semua alasan diatas adalah separa penipuan! Padahal pemalas. Hari tu baca blog Izzie dah tau dah about Sharnaaz and Cris and lama2 macam dah ok la boleh terima tp still cam meh rasa tak best. Ntah la, takut kecewa tak best, so rasa jauh hati nak review. Macam gedik kan? Tp sure ada yg hepi I kembali recap drama kan? *prasan gila! PANG!!! Tampar diri sndiri* Tp sure ade gak yang merempan tuduh I bakal kuburkan drama ni setengah jalan macham yg I buat kat Nora Elena kan? Har Har Har. *gelak setan*

Adohmak… Don’t ask me about another 10 episodes of drama recaps & review for Nora Elena yg I masih belum siapkan sampai ke hari ni pasal seriously, I don’t have enough time to do it. Plus I recap and review stuff according to my mood towards the drama. Yes, very unprofessional of me XP Ampun peminat2  Nora Elena yg sampai ke hari ni masih tak putus2 lawat blog ni hanya untuk membaca recaps drama best tersebut. I will eventually finish it. I will. *muka determine tapi hati goyah* hahahaha!


RECAP & REVIEW

*insert lagu tema* err... tak melekat kat hati. Fast forward!!! *kantoi aku download mende alah ni hahaha! XP

It started with a scene di kota London. Cewah! Cerita Melayu ni, ke London saje! XP A woman and a man berjalan terhoyong-hayang bak orang mabuk (mabuk cinta atau mabuk arak, itu hanya hamba2 Allah tu je yg tahu huehuehue~), berpelukan, bercumbuan dihadapan hotel sambil diekori oleh seorang mamat berhoodie hitam yg sumpah like a creepy stalker. Syahran, can you be anymore obvious?! Sebatu orang boleh nampak kau tau dak? Emo je muka. Ok, masa ni dah macam bias tak suka dah drama ni. Hahahaha! Bias people is bias! Maklum la, tak berkenan dgn Sharnaaz Ahmad. Sengal kau Leanne! XDDD


*skip setahun* <-- PFFFTTT!!! Within 2 minutes, dah skip setahun?! Siyes menyampah drama/movie yg suke maen skip2 masa like this.

Setahun kemudian, kita dibawa ke rumah keluarga Tg. Syahran yang namanya I sumpah dah lupa and malas nak bukak novel balik carik. XD If ada yg tahu, roger2. *kenyit mata*. Tg. Syahran (Sharnaaz Ahmad) *omaigod hensem la plak mamat ni!* monyok je kat meja makan bilamana Datuk Sufiah *uhuk2!!!* silap, Tengku Badariah (Azizah Mahzan) dtg tegur perihal anakanda kesayangan dia yg bermuka tegang. Ehem. Confuse. Muka mmg boleh tegang ye? Anyway, Syahran dgn muka stress decided to tell his dear mom yg dia tanak kahwin dgn Linda. Who the hell is Linda? Jeng Jejeng!!!


Tg. Badariah tak sangka Syahran berubah fikiran, dgn penuh dramatic beristighfar laju2 lalu tanya apa yg sebabkan anak bujang dia sorang tu berubah fikiran. Syahran laju2 sangkal yg dia dari dulu lagi mmg tak pernah suka kat Linda. Dia sendiri pernah ckp kat mak dia yg Linda tu bukan calon yg sesuai utk jadik isteri dia lepas balik dr London. Ye lah kan, siap depan mata nampak cemolot bagai dgn omputeh kan? Tapi Tg. Badariah still berdegil.

“Mama sebenarnya dah terlanjur dah berjanji dgn Datin Rohana nak jodohkan Syah dgn Linda.” Tg. Badariah memujuk rayu cewah!
“ Ma, mama cuma terlanjur je ma...” telan liur. Diorang ni tgh cakap pasal benda sama kan?
“Mama belum terlanjur lagi beli barang hantaran ke, hantar kad jemputan ke, kan?” Ok, diorang cakap about perkara yg sama. Hahaha! Banyak sgt sebut ‘terlanjur’ sumpah otak innocent I ni fikirkan yg buruk2 je wahahaha! XD Damn, Tg. Syahran ni muka samseng errr kerek ganas, tapi suara mak datuk... manja nak mampuih! <3 *clutch my heart, ada gaya macham bakal terpesona neh! Laju2 tatap muka Aaron Aziz*
“Mama, kita batalkan je lah perkahwinan ni?” Dgn penuh manja si Syahran ni pujuk bonda dia cancel wedding tu. Tp le sigh, Tg. Badariah still berkeras. Syahran masih terus memujuk buatkan mak dia tu percaya yg Linda bukan yg terbaik utk dia.


Next scene, kat mini mart dimana Zahlia (Cristina Suzanne) muncul buat pertama kalinya dalam drama ni. Ohoi jelitanya!!! Berbunga2 hati I melihat dia berbaju kurung, manes bertudung. Lawa laksana anak patung wajahnya! Yg best, dia ni ada aura garang, degil and charismatic yg perlu ada dalam diri Zahlia. Yay! Tak nampak cam cengeng lembik blegh lemah. Cewah! Puji melambung nampak? Hehe, yes, I’m a girl that loves to look at pretty women. Sue me, I don’t care, call me a freak, I do care lol! =) Zahlia sibuk beli barang2 dapur dan keperluan utk rumah kebajikan Sinar Iram dgn anak2 rumah kebajikan tu.


Tp satu je yg mcm tak best. Nak ckp skarang jugak. Zahlia versi drama ni mcm tahu melawa la plak. Tudung pon fashion zaman sekarang. Walhal dalam novel, diceritakan sebagai gadis yg sgt2 bersederhana, hanya bertudung bawal, tak tahu bersolek mcm nak pegi kenduri. Langsung tak setanding dgn arwah kekasih hati Tg. Syahran yg lincah bergaya. Kalau rupa inilah Zahlia, laju la proses jatuh cinta si Tg. Syahran! *hati berbunga2*Ok, sambung! Dgn menaiki kancil merah, Zahlia dgn anak2 Sinar Iram balik ke Rumah Kebajikan.

Back to rumah Tg. Syahran, Tg. Badariah dgn Syahran masih lagi bertegang leher about marrying Linda. Syahran terus terang about pernah nampak Linda dgn boyfriend dia bercumbu *LOL! Ada lagi ke org pakai perkataan ni?* kat lobby hotel. Hence menyoal agak2 mak dia, kalau dah begitu lagaknya depan lobby, pastu masuk hotel, buat apa lah kat kat bilik? Then here comes Pak Dollah (Zaidi Omar) woot!!! Siap necktie gitu, menyampuk pertelingkahan anak beranak tengku kat meja makan tu. Err... Pak Dollah breakfast skali dgn tuan rumah? Pak Dollah bukan driver je ke? Oh! Oh! Oh! Itu Tg. Ismail!!! Bukan Pak Dollah Ombak Rindu hahahahaah! XD Sorry guys =)


“Agak2lah, ape yg diorg buat dlm bilik tu?” tny Tg. Ismail. LOL! Go Pak Dollah go!
“Dari yg papa dgr tadi, kamu dah mcm spy dlm filem Hollywood.” Masa ni Syahran siap buat muka WTF kat bapak dia hahahaah! I know right? Bapak dia ni merepek la plak. LOL comels!
“Masuk lalu saluran aircond yg sempit tu, cukup2 badan kamu, merangkak smbil bawak camera, lepas tu carik bilik mereka, lepas tu tangkap gambar lalu lubang2 aircond masa mereka tgh bercumbu rayu.” OMG. Seriously. WTH. Hahahahah! *gelak guling2*. Ni sebijik kes abah I bila dia dlm mood mereng nak buat mak I yg emo gelak. Comel ok ayah macam ni!? Syahran masa ni muka dah surrender dah dgn kecomelan bapak dia yg try nak back up dia dgn cara pelik ni.
“Lepas tu dgn bangga bawak gambar2 tu jumpa mama sebagai bukti. Tp malangnya, mama kamu tak percaya jugak. Dia kata camera kamu rosak. “ LOL! I love Zaidi Omar! Sangat sempoi ini pakcik bila berlakon. Tg. Badariah bengang je kena perli hehe.


Bila Tg. Badariah suruh Tg. Ismail untuk berhenti bergurau, Tg. Ismail cakap yg dia rasa Syahran x bergurau about seeing Linda and mat saleh kat lobby hotel tu. Dia rasa Syahran dah cukup dewasa nak tentukan siapa yg sesuai jadi pasangan hidup dia. *dies* Tg. Syahran was smirking like a boss masa ni. *dies* I rasa mamat ni dah berjaya curi 1% hati I. Cis! Tg. Badariah mcm dah tahu siapa pilihan Syahran. Disebutnya nama Nazirah lalu sentap la si manja Syahran huhuhu... Tg. Badariah akhirnya minta Syahran carik calon isteri dlm masa sebulan, if not, menikah je dengan Linda. Seriously, kalau tak kahwin dlm masa terdekat, boleh kiamat ke? Confuse I dgn parents yg suka desak anak2 kahwin laju2 mcm Tg. Badariah ni.

Scene beralih kat Sinar Iram. Zahlia membahasakan dirinya cikgu, gembira disambut anak2 rumah tu lalu bukak boot kereta, suruh budak2 angkat barang2 keluar. Ceh... dah agak dah, beria panggil budak2, nak suh angkat barang rupanya... Haha! Ada sorang cikgu lagi muncul kat sebelah kereta dgn budak2 tu. Eh, adik si Ahmad Idham la. Ok, tak suka dia berlakon. Tak tau kenapa lol! Tapi what ever lah, mesti dia jadi watak Fatimah sahabat baik Zahlia.

Tiba2, ada mamat psycho berdiri tepi pokok kelapa tercegat malu2 stalk Zahlia. Apakah?!!! Sapa mamat neh?!!! Jgn cakap itu Razif! Please!!! Muka langsung tak melayu! Langsung tidak! Dgn rambut kepul2 panjang mcm tu. Selekeh plak nampaknya. Dem, semangat tiba2 luntur. Muka pelakon yg jadi Razif nampak cam tak matching dgn watak Razif tu. Awal2 dah prejudice yg dia ni ntah2 cakap melayu pon pelat. Hah, tak suka lah. <.<

Pada masa sama, si Syahran terpacak kat kubur seseorang, berduka nestapa. Kubur Nazirah Bt. Nazri, meninggal di hari Jumaat *bertuahnya!*, berusia 24 tahun ketika meninggal. Awww... Syahran menangis. *peluk laju2 tenangkan hati dia* Cis, nampak comel la pulak bila menangis! Menci tau! Goyah hati dinda. Dem you Tg. Syahran! XD


 Back at Sinar Iram, Razif tersengih2 datang kacau si Zahlia yg tengah busy menyapu mengemas bilik darjah. Isy, semak je lah! Ok, maybe I memang tak suka watak Razif, bukan pasal pelakon ni hahaha! But bertahan je coz without Razif, novel and drama ni takkan wujud. He’s the main turning point anyway yg buat hidup semua org haru biru dalam cerita ni lol!

Razif berbasa-basi about kelas, anak2 Sinar Iram and apekes Zahlia nak kemas kelas padahal boleh je suh budak2 kemas. Zahlia, being a good teacher, said dia tanak buat budak2 masuk kelas Ustaz Firdaus lewat. Tone suara Zahlia masa bercakap dgn Razif ni kelakar. Macam mak2, no, macam makcik2, no, macam org tua2 on the way nak membebel kat anak cucu LMAO!

“Kau ni kenapa hari ni? Pelik je aku tengok.” Sambil menyapu, Zahlia tanya soalan kat Razif yg kejap2 sengih, kejap2 gelak, kejap2 pura2 rajin tolong kemas buku. XD
“Kita dah duduk sini berapa tahun, kita membesar sama2, kau tak rasa macam ada satu perasaan ke antara kau dgn aku?” Razif dengan perasannya ingat Zahlia ada feeling kat dia. Pfft!

Zahlia obviously anggap Razif ni mcm adik bradik, abang dia sendiri bila cakap dia ada perasaan kat Razif lalu ingatkan Razif yg masa kecik2 dulu selalu main kat hujung Sinar Iram. Razif last2 confess yg dia cintakan Zahlia, nak kahwin dgn Zahlia, while I was like “Eeee blah la kau, freak!!!” sorang2 kat rumah tengok mamat tu hahaha! 


Zahlia terkedu, resah gelisah. Razif dah happy ingat Zahlia pun rasa yg sama. Dude, this guy, aigoo... Rasa nak pats kepala dia yg serabai tu and suruh dia calm down jgn nak excited sangat. Baik-baik Zahlia tolak cinta Razif. Razif walaupun terluka, sambut baik tolakan Zahlia. Bila Zahlia minta maaf, Razif cakap tak apa. Dia obviously kecewa, but he’s not mad. Pastu dan-dan hidung Razif berdarah.Bila Zahlia nak kesat, Razif cakap dia terlanggar pintu and walk away. Tak patah plak kan hidung belatuk kau tu? *angkat kening* Aik, tak ada scene Razif pengsan? Tak macam dalam novel la pulak.  

Next, kat KLCC. Well, I don’t know, macam kat office Adli, tapi macam kat rumah jugak, tapi i think kat office Adli lah, Syahran cerita masalah dia nak mencari isteri dalam tempoh sebulan kat BFF dia si Adli. Mana nak carik isteri yg cantik, baik dalam tempoh singkat like that kan? Adli sengih je dengar bebelan Syahran. “Skarang ni, mama aku macam nak suruh aku kahwin terus je dgn Linda tu. Baik paksa aku kahwin dgn Linda terus!” Err... That is what happening right now dear Syahran. Aku ingat kau ni bijak. Duh... *rolls eyes*


Adli cakap even mama dia bagi masa setahun pon, selagi hati Syahran tertutup, takde maknanya... Syahran sendiri confirmkan telahan Adli, takde sapa boleh ganti tempat Nazirah. Wajah nakal Syahran berubah sekelip mata, sayu je bila teringatkan Nazirah. Dia ckp tak mungkin ada yg boleh ganti. Adli cuma mampu tersenyum pilu.


Tiba2 je si Zahlia dah kat hospital, wearing the same clothes. So masih hari yg sama lah kan? Berjumpa doctor yg tetiba je tanya kenapa Razif masih datang hospital tu lagi. Zahlia blur, sama blur dgn I. Bila plak Razif masuk spital ni? Bila?!!! Tadi takde pon pingsan ke hape?! The doctor dropped the bomb cerita pasal Razif yg dah 7 bulan menderita cancer paru2 and sepatutnya dah dapatkan rawatan kat hospital pakar cancer.

Ok, rasa macam tak best. Apa choppy and jumpy plak cerita ni tetiba?!

Zahlia then pegi jaga Razif yg terlantar dgn rambut masih serabai baru tersedar dari pingsan. Cis, dia ni nampak macam Sylar cerita Heroes pon ade gak. Dah la aku minat mamat tu ahahah! Ok, back to the recap, Zahlia tanya kenapa Razif rahsiakan penyakit dia. Razif dengan muka sedih cakap dia takut. Takut?! Seriously alasan yg pelik. Takut mati? Oh ok fine. Tapi Razif cakap dia tanak jadi beban. Zahlia cakap semua orang akan cuba tolong Razif. Razif doesn’t like the idea of everybody kumpul duit utk kos rawatan dia yg mahal. Zahlia janji akan cari jalan tolong Razif and minta Razif jgn mudah give up.

Malam tu kat rumah Tg. Syahran, Tg. Badariah seronok berbual dgn bakal menantu kesayangan dia si Linda. Oh my, si Marsha Londoh rupanya! Ok, gedik! But I kinda like her gedikness lol! Meluat, tapi still suka. Gah, I don’t know lah! Hehe. Manja sangat si Linda ni dekat Tg. Badariah. Siap panggil ‘mama’, you... *rolls eyes*.  Zahlia mengadu yg Syahran takkan jawab call dia, tak layan dia. Siap dah belikan handsfree pon tak pakai. Masih guna alasan tgh driving bila dia call. LOL! Maybe that is the obvious sign that he is not into you, kakak...

Then pembantu rumah muncul bawak 2 potong kek Secret Recipe kegemaran Tg. Badariah utk diorg santap. Oih meleleh air liur aku. Esok nak pegi beli lah! Ni mesti si Linda yg beli ni. Linda tak nak join makan pasal dia nak diet gara2 Syahran cakap dia dah gemuk. Linda mengadu dia pening dgn perangai Syahran.


“Kita bukan nak cakap besarlah kan? Tapi semua kawan2 I kata I ni cantik... Seksi... Slim... Tapi dia boleh cakap apa tau? Gemuk! Tapi bila kita dah tak makan seharian, dia boleh kata I apa? Kurus sgt pulak?! Can you believe that?!” HAHAHA. Another hint la dummy!

Tg. Badariah just brush aduan Linda off dengan cakap yg Syahran tu memang perangai pelik2 cerewet sangat LOL!

At the same time, Syahran hangs out dengan si Adli yang cumel kat cafe. Adli sibuk tunjuk gambar Marini, sorang girl kawan sekolah diorang yg dia fikir sesuai nak dikenenkan dgn Syahran yg desperado. Syahran ingat part bibir dia je. Bangang tak bangang? “Yaa... The lips... I still remember, ummm soft..Nice!.” Yes, like a player, he said that. Poyo betul! Siap high five dgn Adli. Sure buaya besar dua orang ni masa kat sekolah dulu.


Syahran panik pasal dia tak sangka plak malam tu jugak Adli nak bawak Marini datang jumpa dia. Adli suruh anggap as reunion. Tapi bila Marini sampai, siap Astarghfirullahalazim si Syahran punya terkejut puahahaha! Marini pakai baju leopard, lipstick shocking red and blue eyeshadow siap blusher mcm nak belakon opera cina. Kthxbai. I nak pegi carikkan cermin kat pompuan ni kejap. LOL! Dah la potpet2 puji2 Syahran makin handsome and tough. Siap perkenalkan diri as scandal Syahran, yg Syahran penah nak kiss dulu tu. NAK kiss or dah kena kiss ni makcik? Hahahahah! Bercanggah fakta dah ni. Syahran mengigau je kot masa dia ingat dia rasa your lips as soft and nice tu? Or you koma masa kena cium dgn makhluk tuhan yg sexy tu? =X Oopssss!!!  Syahran mati akal. LOL! The acting was awesome. Hahahaha! I love that scene so much <3


Back at bilik Fatimah and Zahlia, diorang discuss about penyakit Razif yg perlukan duit yg sgt banyak utk dirawat. Fatimah ni negatif semacam je perangai dia. Hurr... Zahlia suggest nak jumpa Pn. Rashidah orang Yayasan Sinar Iram utk tanya about if ada sediakan dana utk pekerja2. Fat, being a negative person *pfft menyampah!* cakap dia tak rasa yakin akan dapat.

Syahran hangin je kat Adli. Adli pujuk Syahran jangan marah about Marini. Syahran tak suka perangai gedik si Marini. Adli gelak je and suggest carik je yg lain. Syahran dah serik while Adli masih terus dengan muka manis memujuk dgn fakta jumlah perempuan kat KL lagi ramai dari lelaki, takkan la satu pun tak boleh sangkut kat kawan dia tu. Syahran cakap cara Adli talks about women, macam nak beli tiket wayang. Adli gelak je, dia takde niat macam tu pun. Emo lah Syahran ni and said “wuteva, let’s go!” dengan cutenya.


Ok, now this is getting weird. It was not suppose to look cute at all! Apakah?!

Back to Sinar Iram, Pn. Rashidah cakap Yayasan tak dapat membantu pasal rumah kebajikan pun tengan hadapi masalah kewangan. Lepas tu, kat bawah pokok sambil dengar anak2 bermarhaban, Zahlia dapat call from hospital. Razif dah kena pindah masuk hospital pakar sebab dah makin parah. Bila Fatimah datang, Zahlia inform Fatimah about keadaan Razif and cakap nak pegi bank utk tolong Razif in case Razif needs the money.


Fatimah oh  Fatimah yg always negative, macam ntah pape je nak suruh si Zahlia ni fikir balik about pakai duit sendiri tolong Razif. Duh! Bukan ambik duit kau pon! Geram plak aku. <.< Sibuk ingatkan yg cancer tu kos dia mahal nak ubati. Kalau semua orang macam kau, memang mati la takde sapa nak tolong orang susah... *jeling Fatimah* Tapi Zahlia berdegil, dia perlu tolong Razif secepat mungkin. Fatimah mengalah.


Kat office Syahran, Linda tiba2 muncul. Terkujat pakcik tu haha! Linda is suppose to be an antagonist character, tapi kenapa lah everytime dia muncul, I gelak? Comel cam bangang kadang2 perangai gedik dia ni hahaha! Syahran marah Linda masuk tak ketuk pintu, tapi Linda ceria je muncung2 dengan suara manja tanya if Syahran ada problem.  Kerut kat dahi Syahran tell us all. “YOU ARE THE PROBLEM!” LMAO! Syahran mcm mana pun ckp dia takde problem, sampai lah Linda masuk bilik tu. Tapi Linda buat2 tak faham (or memang dia ni lembab, i don’t know pfft!) and gedik2 manja pujuk ‘boyfriend’ dia yg suka merajuk tu.


Linda tringat dia ada bawak something utk Syahran. Plus, next month nak dtg rumah dia, so dia ingat nak pakai baju matching. Syahran blur kejap. Nak pegi rumah Linda buat apa plak? Linda belikan baju, seluar bagai utk apa plaknye ni?

“What is this for?”
“Sayang! Next month! You tak ingat ke? Our engagement party!!!” Hurr.. Meremang! Gedik!
“WHAT?!!” yes, lari pitching beberapa octave dah tu Syahran LOL! Pastu dia membebel tak tentu hala hahaha! Comel! Rasa nak squish something. Park Yoochun, meh sini hulur pipi meh! *picit* XD

Linda macam dah agak Syahran tak tahu apa2 about the party or the engagement. Syahran memang langsung tak tahu apa2, bukan lupa. Linda merengek geram.

“Mama kan dah tahu!?”
“Mama sape? Mama I ke mama you?!” LOL!!! I know this would eventually happen! Lawak ok? Belum apa2 dah panggil mak orang laen as mama. Kan dah confuse ngahaha! XD
“Argh!! Mama you lah!” Comel sengal si Linda ni marah hahhaha!
“Oh my god... Wait up, wait up. Biar I call mama kejap.” Syahran ni, bengang2 pon suara manja seyh. Demit, apa dah jadik kat aku ni?!!!  *tikam dada*

Syahran then call his mom, asking kenapa dia tak tahu ada majlis pertunangan utk dia bulan depan? Tg. Badariah buat-buat macam dia memang dah plan lama and Syahran tahu hal tu. So jadik macam si Syahran ni la yg lupa. LOL kejam perangkap anak sndiri cenggini. Si Linda plak sibuk kuis2 raba2 si Syahran pakai jari. Weh, potong jari tu kang! <.<  



Syahran terperangkap bila Tg. Badariah cakap Syahran yg endah tak endah bila mama dia cakap pasal hal pertunangan, so salah Syahran sendiri la kan? Syahran surrender tak cakap kenapa dia tiba2 tanya. Pastu tak pasal2 Tg. Badariah assume si Syahran dah setuju nak kahwin dgn Linda. Ahahaha! Seriously, adohmak... Tersepit ok si Syahran ni. Mak dia ni memang terbaik la bab2 buat anak terdesak carik menantu. Syahran cakap dia belum setuju and nak bincang lagi balik nanti. Linda masih dalam alam fantasi dia and terus sambung cakap pasal size baju Syahran. *tepuk dahi bg pihak Tg. Syahran yay!*


Dekat hospital pakar, Fatimah datang cari Zahlia, tanya apa komen doctor pasal penyakit Razif. Nyata si Razif kena cancer paru2. Jap, dalam novel bukan kena cancer perut ke? *garu kepala* apa2 lah. Cancer gak kan? Malas nak kesah dah hahaha! XD Fatimah tanya about kos rawatan *lagi skali, dia ni la paling risau pasal kos rawatan, padahal macam takde hulur duit pon! Belakang tabir la kot ye? Haha. * and it was so high.

Zahlia sarankan jumpa dgn ‘Ibu’, mak angkat Zahlia kat kedai makan dia. Zahlia tanya mana ‘Ayah’. Tapi rupanya ayah Zahlia ada kat Kelantan, rumah isteri muda. Zahlia and Fatimah terkejut sangat. Ibu cerita yg lepas Zahlia dah pindah keluar, baru lah suami dia tu berubah. Tapi masih lagi bagi dia nafkah duit semua tu. Ibu mintak Zahlia tak perlu risau sangat. Sedih je semua tengok Ibu yg obviously menderita diduakan suami. Ibu pun tak dapat bantu Zahlia dapatkan duit rawatan Razif pasal dia baru je mula meniaga, duit pun tak ada sebab macam2 berlaku masa Zahlia tak ada. Ala kesian makcik ni. T_T


Kat rumah Tg. Syahran, diorang tengah dinner sama2. Tg. Badariah tanya adik perempuan (nama dia tak clear, pastu dah lupa nama kat dalam novel, nanti I rajin i carik hehe XP) Syahran about tarikh hari tu. Saje nak mukadimah pasal carik menantu lol! Dia tanya bila Syahran nak bawak balik calon menantu. Tapi Tg. Ismail back up Syahran yg senyap je tak terjawab pasal dia memang takde calon lagi pun kan?


“Cari bakal isteri tak semudah macam nak beli kereta.” Kata Tg. Ismail.
“Memang la tak senang kalau sengaja carik susah... Calon ade depan mata...” Hahahah! Bengang je Syahran dgn mak dia LOL!


Kata2 sindiran Tg. Badariah terbawak2 sampai ke pagi. Tengah driving pun si Syahran teringat-ingat kata2 mak dia tu. Stress je. Oh wow wow how! Tak drive Honda Prelude? Porsche Cayenne?! HOHOHO! Baru lah macam anak orang berada keturunan diraja kan? If you pakai Panamera 4S sure lagik cair hati I hahaha! *eyeing Park Yoochun*. Si Zahlia pulak, leka jawab telefon sambil driving, terlupa about something bila tuan doktor call about Razif. Pasal payment agaknya. Zahlia buru2 driving nak cepat pegi hospital. This. Dah tau kan kemana hala tuju scene ni kan? XD



Zahlia kona baring kat simpang, Tg. Syahran pulak driving kat mainroad dengan kepala berserabut lalu BAMM!!! Yup, actually Syahran yg hit her car pasal tak sempat nak elak Kancil tu keluar tiba2 dari simpang. Not the other way around dalam novel, which Zahlia yg langgar. Kemik. Sape yg kemik? That friggin Porsche. Percaya tak? Kancil tu sihat walafiat je. Ha’ah, perkara ni hanya berlaku dalam drama. Sekian. XDDD or mata I yg hanya nampak pada sang Cayenne hingga tak nampak calar pada sang Kancil? *kantoi materialistik LOL!* tak tahu lah. If ada yg sure kancil pon kemik, ampun lah ye? I didn’t see it clearly. I think mesti kemik jugak. Just focus lebih kat kereta Syahran masa ni. =)

And the party begin! *lompat bintang*

Syahran keluar dari kereta penuh amarah jenguk kereta dia yg kemik bercalar. Zahlia plak kalut mintak ampun bila Syahran suruh keluar dari kereta.

“Kalau awak mintak maaf dgn saya sekalipun sekarang ni, kereta saya boleh elok balik ke?!” Aumm!!! (ˇˇ)-c<ˇ_ˇ)
“Tak boleh kan?!” Zahlia geleng, kecut perut.
“Habis tu macam mana, awak nak bertanggungjawab ke apa sekarang ni?” Hurr... seriously mamat ni bila marah pon sound so manja sexy nak mati. Apakah kejadahnya ni?! 
“Saya, saya janji saya akan bertanggungjawab encik! Saya berjanji!” terketar2 Zahlia janji. Cuak gila muka dia.


Syahran ajak pegi bengkel masa tu jugak. Si Zahlia yg memang tgh kesuntukan duit mintak if dia boleh bayar lain kali. Tapi si Syahran ni memang saje lah kan carik pasal kan?

“Kereta ni mahal tau? Kos nak baik pulih kereta saya ni dah harga sebijik kereta awak. Awak mampu ke?” Ok, like seriously, somebody sepuk mamat ni weh! *singsing lengan baju kain ready nak tendang* ( `0´)┛★)`з)
“Encik boleh salahkan saya langgar kereta encik! Tapi Encik tak boleh nak hina saya tau tak?!” Rawwrrrr!!! Zahlia mengamuk yay! Terkedu Syahran LOL!
“Bi-bila saya hina awak?” This man. Aigoo... Too dense!
“Yg awak cakap tadi tu bukan satu penghinaan ke?!” Amuk Zahlia. You go girl! Syahran pulak yg kalut kena serang hahahah!
“Awak salah faham sekarang...” Zahlia has nothing more to say and nak blah dari situ laju2 dgn hati panas.
“Ei kejap2! Awak nak pergi mana ni? Ni belum selesai tau.” I don’t know what is happening to me. I rewind that particular part for like 10 times. Sharnaaz Ahmad, what have you done to me?!!!  *dies* tarik tesbih panggil abang Zikir suami kak Dhia tolong berzikir buang godaan ini jauh2. *dies*


Zahlia dgn berani ingat benda dah settle bila Syahran mula buat ayat sombong kerek show off about kereta mahal dia. Dia dah langgar kereta Syahran, Syahran dah hina dia, so kosong-kosong lah, dia boleh balik! Amboi senangnye lah dunia si Zahlia ni hahahah! Bertuah la kalau hidup ni as simple as that... XD Syahran yg dah malas nak gaduh2, mintak lesen, IC and nombor phone Zahlia so dia boleh buat police report insurance. Zahlia skeptical nak bagi, tapi Syahran bijak bagi alasan nak guna for the report. Heh. Dia buat muka nakal tu bila Zahlia masuk kereta amik handbag! I knew it!!! Dah terpikat lettewwww!!! <3

Zahlia sempat lagi membebel yg bukan Syahran sorang je kejar masa, dia pun nak cepat pegi hospital sedara dia sakit. Syahran sempat soal siasat if Zahlia ni kerja doktor. Cececeh... Bride hunting nampak... *angkat kening senyum tahu* XDDD Syahran ambik no fon and tanya nama Zahlia. Zahlia dengan kereknya suruh tengok sendiri kat IC. Nampak je nama Zahlia, Syahran mencebik comel ok?! Siap curik2 pandang muka Zahlia lagik... LOL! Syahran ajak pegi kedai photostate so diorang tak buang masa kat tengah jalan like that.

The funny thing is, Syahran called his secretary to check about the insurance policy of his car and apparently, she didn’t renew his insurance. Seriously?! Really?! Pelik gila! Takkan la renew roadtax, tak pegi renew insurance sekali? You should just fire your secretary, Syahran. *batu api* And lagi best, Zahlia pun tak renew her car insurance lagi. Baguslah, dua-dua sama. *geleng kepala*. Nak tanak, Syahran terpaksa bagi pilihan kat Zahlia, if Zahlia bayar cepat fee baiki kereta dia, so dia takkan libatkan polis.


That night back at home, Syahran start angau dok tatap IC Zahlia. Puji2 kecantikan Zahlia kat gambar IC. Err... gambar IC bukan slalu pelik ke? Hehe. Bertuah la if cantik. While kat Sinar Iram pulak, Zahlia ceritakan pasal Syahran pada Fatimah. Fatimah excited lebih, tanya if Syahran tu muda ke tua, kaya ke tak etc.

“Muda, kaya? IC kau kat dia. Lia, aku rasa dia syok kat dia lah Lia! Hensem tak Lia?”
“Bagi aku tak hensem lah.” Gahahaha! Mulut cakap lain, hati bilang lain!


Si Syahran sempat lagi search kat ipad dia (I’m assuming dia carik kat Facebook) about Siti Zahlia. Tersengih-sengih macam kerang busuk! Esoknya, Syahran call Sinar Iram (Fatimah yg pick up) tanya pasal pekerja bernama Siti Zahlia. Bila Fatimah tanya nak tanya pasal apa about Zahlia, Syahran letak phone. Siot je hahahah! Cheeky tau mamat neh! Senyum manis lagik bila tau memang Zahlia kerja kat rumah kebajikan tu. *cubit pipi dia*



Then he calls Zahlia yg tengah nak melawat Razif. Amboi, sure berbunga2 hati you kan Syahran kan? Sempat lagik kuis2 bunga orkid plastik kat sebelah kan? Ah comel! Konon-konon call nak beritahu dah tahu cost repair kereta semuanya 2K. Eleh, kata sama harga dgn Kancil? Over tau you ni Syahran! *omg, I sounded like Linda! Gosok gigi laju2! Ptuih!*

Zahlia rasa mahal sangat. Tapi Syahran buat dek and asked bila Zahlia boleh bayar duit tu. Zahlia just dapat minta tangguh sebab sedara dia tengah sakit tenat, dia tak mampu nak bayar habis. Plus dia nak guna duit banyak untuk tampung kos perubatan tu. Syahran sengih je. Amused apparently. Cesiot je ekspresi kau ok Syahran? If orang lain, sure ingat Zahlia saje je mengelat tanak bayar ganti rugi. Tapi si Syahran ni punya agenda lain ni. Obvious gila! Tengok senyum tu pun dah tau. Heh. *pura2 tak tahu novel Bicara Hati ni jalan cerita dia macam mana LMAO!* XD


Syahran bagi masa seminggu utk Zahlia bayar balik. Miang gila suara kau Syahran! Hahah! Sumpah rasa nak piat telinga capang si Syahran ni. Nakal ye? XP Zahlia lega dapat tangguh lagi masa pembayaran tu. Tapi nampaknya si Syahran ni sepanjang minggu asyik dok misscall and sms Zahlia. Sampai Zahlia save his name as ‘Orang Gila’ dalam her phone LOL!

Then Syahran texted her, ajak jumpa. They meet up and Syahran ceritakan masalah dia yang kena kahwin dengan orang yg dia benci, tak suka if dia tak dapat cari calon isteri dalam masa sebulan tu jugak. Zahlia faham keadaan Syahran, but still blur about kenapa diorg berjumpa hari tu.

“Ini yg saya cuba nak cakapkan. Awak tak payah bayar hutang saya balik. Kalau...”
“.....” Zahlia muka nervous.
“Kalau...” Hoih cepat ler.
“.......” Zahlia dah jegil mata tu. Haha.
“Kalau awak pura2 kawen dgn saya.” JEJENGGGGG!!! *sound effect yg mmg wujud dlm drama masa ni*


Bersambung...

Okay, it was so-so, until our two main leads met. The thing is, these two, Sharnaaz and Cris, when they were together on screen, macam tak berlakon ok? Kinda natural! Not expecting them to be that good in acting actually. And the chemistry  was like mad! I’m starting to believe alright? Seriously, kinda sold after this 1st episode habis.

I actually loathe the idea Azizah Mahzan (again) jadi mak hero. Pasal I’m traumatized lepas tengok Ombak Rindu hahaha! So not Datuk Sufiah! I risau dia ruin watak Tg. Badariah yg manja, penyayang and dramatik jadi poyo pelik and pelik.

But yeah, after episode 1, she’s definitely Tg. Badariah. Sesuai lah. And lawak bila fikir yg Tg. Syahran and Hariz (Ombak Rindu) share ayah yg sama. Doesn’t that make Datuk Sufiah and Mak Mentua Izzah (Ombak Rindu) also Tg, Badariah bermadu? Pak Dollah... Pak Dollah... Tg. Ismail rupanya kau ye? Hehe. LOL just kidding. =)

And OST cerita ni. Urm... I don’t like it. Pastu sound effect. Adomak... Tau la nak bagi kejutan, tapi... Ah, kau orang nilai la sendiri k? I hope for the upcoming episodes, memandangkan Astro ni kaya raya kot, please la hire orang buat lagu tema banyak2 sikit, yg mantap2 sikit. Ni sama je... Bosan kot... Yg dah ada tu ok la, sedap jugak, just I sorang je tak gemar kot hehe. XP

We still have 25 episodes for us to look forward. Tak sabar nak tunggu diorang kahwin! If diorang berani menafikan hak LIPAS utk muncul dalam drama ni, memang i amuk satu Malaya! *pinky promise* I janji! XD

Xoxo, u noe u luv me! Till we meet again. Daaa!

5 comments:

Wan Azlina said...

Hehe, yes, I’m a girl that loves to look at pretty women. Sue me, I don’t care, call me a freak, I do care lol! =) ... i agreed to that.. thanks coz ceriakan my pagi sabtu

bass's mistress said...

oh i'm glad you jadi ceria baca recap ni hehe. thanks singgah =)

rozilina said...

aku pun start minat redza minhat bila dia berlakon dlm pisau cukur.

spec biru said...

bila cerita KIL released ea?

Amy Ramli said...

mane nak bace next episode? carik x jumpe pon :((