Hai hai hai! Bertemu lagi kita di sini.... di mana kawan²? Di unoeuluvme lah! Hai apa dah jadi dengan blog ni....kesian kat dia lagi. Bila update blog ni, mesti menjelma perasaan sayu dan sedih, kerana ia telah lama ditinggalkan. Last post adalah post hangat² taik gajah dari Elle de Lyantoe yang bukan berbangsa Portugis rupa²nya anak Jawa Totok tu. Huh. Poddah.
Ok guys, eh girls! Sepanjang sepeninggalan blog ni oleh ahli²nya yang memang hangat² taik gajah tu, banyak perubahan yang dialami setiap sorang ahli²nya. Mari kita cekidaud okay!
Elle de Lyantoe (yang sememangnya suka naik gajah)
Saya sebagai pemerhati bila memerhati si dia ni, saya tak sure ape perubahan yang dialaminya. Tapi ikut naluri hati ni lah, jujur saya katekan si dia ni sudah susut sedikit badannya. Wow tahniah! Betul tak tipu....tipu kan dosa! Hmm lepas tu ape lagi perubahan yang telah dialami oleh beliau ye? Tolonglah update sendiri okay.
Tumi anak Mami, bukan anak Indon.
Wah orang ini....maintain jelita gitu awwwssss. Perubahan yang saye nampak sebagai pemerhati adelah si dia telah mempunyai kereta yang gagah bewarna mawooonnnnn. Ahli lain berkereta Myvi saje, dia punya boleh sondol Myvi ahli lain. Dan ehem² dengar gosip si dia sudah melawat kedai cincin. Apekah benar khabar angin tersebut??? Adekah dalam sebulan dua ni si dia akan mengikut jejak langkah individu di bawah ni? Same² kite nantikan ye!
Apai sudah berdarah manisssss!
Wow! Sungguh menakjubkan kan kan?! Inilah penangan orang yang mendakwa dirinya akan menjadi orang paling last tapi tuptup, akan menjadi ahli yang pertama akan mengakikahkan (aish takboleh cakap!) ..... Ye si dia orang pertama. Mak tak sangka nokkk! Dan rezeki pertunangan si dia ni telah membawanya ke Bandar Penawar, kerja pegawai di sana dan yang penting gomen dan gaji masyukkkk. Tahniah dan syukurrr. Saya mewakili ahli lain (eh suke hati je kan...?) mendoakan agar segala persiapan menuju ke gerbang pelamin tu dimudahkan, don't stress². Tak sabarnye melihat si dia memakai gown pengantin awwwsss!
Lesung dilamun asmara.
Erm. Wanita ni. Sejak bertemu cinta. Erm. Sentiase. Ke mana. Mana. Dengan. Pacarnya. Amboi³ (jari kelingking jangan lupe). Jejaka yang kununnye digelar Tukang Kebun sering saje menjoin aktiviti menonton wayang bersame, makan bersame, melepak bersame dan berjalan² bersame ahli-ahli unoeuluvme. Bagus²...sporting pakwenye, tak malu² di depan kitorang yang lain. So, selain dah mempunyai cinta Lesung jugak telah mempunyai Jusoh, iaitu sebuah kereta Myvi hitam yang telah beberapa kali melanggar objek² misteri di jalanraya atau di tepi jalan. Pesanan saye, takpayah hati² di jalanraya sebab orang lain bukan hati² terhadap awak. Huh. Hihi guwau jek kite.
Nana sangat drastik macam drumstick!
Siapa sangka, perubahannya untuk berkeputusan memakai tudung telah memurahkan rezkinya. Syukurr alhamdulillah. Si dia ni telah berjaye melepasi semua rintangan untuk bergelar PTD. Wow! Terus jadik idola saye ni! Rezki mencurah-curah bagaikan air hujan curah ke daun keladi apekah perumpamaan ini saye pun taktau lah. Selain dapat PTD, si dia jugak telah memiliki Siva berkulit metallic. Ape²pun saye mendoakan anda bertemu lelaki yang akan menyayangi awak seadanya satu hari nanti. Amiinnnnn.
Opie yang sangat boring.
Mesti awak semua tau kan sape yang tulis post ni. Mestila si dia ni. Hahaha tulis sendiri pun nak guna kata ganti diri DIA pulak. Ok lah, ape perubahan aku ye. Takbanyak mana pun. Ye alhamdulillah ada kerja untuk cari duit makan minum tempat tinggal semua. Badan makin sihat. Belum ada kereta lagi tapi takpe sebab bukan keperluan sekarang. Ape²pun doakan lah saye lulus PAC hari tu walaupun saye tak mengharap sangat sebab calon² lain hebat pumpang omputih. Saye pun doakan semua worang berjaya dunia akhirat jugak.
Okay itu saje. Daaaa~
1 comment:
apsal plak aku suke taik gajah?
Post a Comment